Monday, 9 July 2012

hitam


kulihat sesosok manusia hitam,
berlari dalam rintihan hujan,
menangis tanpa air mata,
berkasut tanpa tali,
berlari dan terus berlari,
apa inginnya, mati.
kau busuk dalam suci mereka,
dalam hina lagi jijik,
yang kata mereka istimewa,
yang kata mereka lebih hebat dari tuhan,

hai sang hitam,
satu telah merusakkan hatimu,
mencabik hingga hancur berkeping,
apakah hina tiada warna?
apakah putih itu nabi?
kagumku pada sang hitam,
jelas dan tegas di atas kertas putih,
hitam bukan penoda putih,
bukan pula perosak kesucian,
kerana kesucian tak selamanya putih,
yang kalian nampak terang dimata,

ayuh hitam bangkit!
sihir hatimu,
katakan cinta kalahkan segala,
kerana sang putih tak tahu apa nilai hati.

Sunday, 8 July 2012

ireng geseng


aku duduk dalam bilik kecil,
kosong sendirian sandar tanpa cahaya,
sengaja aku haramkan mentari,
biar gelap lagi gelita,
biar serasi bersama sang hitam,
hanya berteman debu sial dah api,
tiada seorang pun tahu aku disini,
atau aku dimana, peduli apa kau?
semangat politikus dan idealogi dusta kau,
maaf, duniawi kau aku dah hafal,
hipnotis kacau minda kau bosan,
ludah pemerintah kencing pembangkang,
biar aku dalam kotak ini,
dimamah sawang tiada hak dunia,
kau bukan tuhan,
hukum bukan kau tulis.

Friday, 1 June 2012

Kau Lupa

Terpacak tubuh menggenggam badan,
Terpacul kata kesat berbaur hina,
Jari kau tunding arah sendiri,
Rakus kau jilat ludah sendiri,
Lawan kau adalah aku,
Lantang kau bersuara ya?
Bertentang mata seolah tiada apa,
Kata hidup mati bersama,
Dusta!
Apa guna punya mata tapi buta?
Apa guna punya hati tapi mati?
Manusia egois yang mahal air mata,
Mempertikai aku tak terdaya.

Tuesday, 22 May 2012

Mati


Berbekas,
Parut kekal yang tak hilang,
Mati hidup kembali,
Mana mungkin sembuh,
Kau robek,
Kau ronyok,
Kau rabak,
Kau pijak selumatnya,
Bagai bangkai,
Pedih,
Dirogol,
Aku layan,
Moga kau bahagia,
Menari bersama malaikat pencabut nyawa.

Sunday, 20 May 2012

Lekuk

Aku menjerit,
Aku memanggil,
Berjuta kali,
Aku lemas,
Aku lembap,
Aku lesu,
Mereput,
Hingga tiada apa layak diselamatkan,

Dia tertawa lagi,
Diri dihina,
Tetap dimaki,
Apa layaknya kau didunia ini?
Sial,
Bukan kau tentukan ajal maut aku.

Tuesday, 15 May 2012

Bidadari

Tergamam,
Kulihat cahaya dari langit,
Mencarik awan jadi lohong hitam,
Dimana sinar terang menembusinya,
Aku lihat sosok wanita dalam putih,
Sempurna,
Tiada cela,
Berkepak merpati,
Melalui titi nur itu,
Jurus kamu didepanku,

Aduh kau terjatuh,
Aku kaku, aku kayu,
Aku membatu tak bergerak,
Ah bangsat,
Aku tak mampu buat apa,

Kala itu,
Kau oles kau ciptakan senyuman,
Ya kau bidadari,
Kurnia gusti pangeran,
Tangan ku hulur kau sambut,
"Amacam jatuh dari Sorga? Sakit?"

Akhirat


Malam ini,
Aku terlepas lagi,
Dari besi merantai diri,
Berlari mencapai nikmat dunia,
Tak pandang belakang,
Aku bebas!

Namun,
Langkah semakin perlahan,
Berfikir aku termenung,
Terjelepuk aku lantainya tanah,
Tapak bersemadi satu hari nanti,

Dimana berat,
Kanan atau kiri,
Pahala dan dosa,
Itu bukan urusan aku,
Moga sorga bukan nurakha
jahanam.
Aku mahu kembali.