Tuesday 22 May 2012

Mati


Berbekas,
Parut kekal yang tak hilang,
Mati hidup kembali,
Mana mungkin sembuh,
Kau robek,
Kau ronyok,
Kau rabak,
Kau pijak selumatnya,
Bagai bangkai,
Pedih,
Dirogol,
Aku layan,
Moga kau bahagia,
Menari bersama malaikat pencabut nyawa.

Sunday 20 May 2012

Lekuk

Aku menjerit,
Aku memanggil,
Berjuta kali,
Aku lemas,
Aku lembap,
Aku lesu,
Mereput,
Hingga tiada apa layak diselamatkan,

Dia tertawa lagi,
Diri dihina,
Tetap dimaki,
Apa layaknya kau didunia ini?
Sial,
Bukan kau tentukan ajal maut aku.

Tuesday 15 May 2012

Bidadari

Tergamam,
Kulihat cahaya dari langit,
Mencarik awan jadi lohong hitam,
Dimana sinar terang menembusinya,
Aku lihat sosok wanita dalam putih,
Sempurna,
Tiada cela,
Berkepak merpati,
Melalui titi nur itu,
Jurus kamu didepanku,

Aduh kau terjatuh,
Aku kaku, aku kayu,
Aku membatu tak bergerak,
Ah bangsat,
Aku tak mampu buat apa,

Kala itu,
Kau oles kau ciptakan senyuman,
Ya kau bidadari,
Kurnia gusti pangeran,
Tangan ku hulur kau sambut,
"Amacam jatuh dari Sorga? Sakit?"

Akhirat


Malam ini,
Aku terlepas lagi,
Dari besi merantai diri,
Berlari mencapai nikmat dunia,
Tak pandang belakang,
Aku bebas!

Namun,
Langkah semakin perlahan,
Berfikir aku termenung,
Terjelepuk aku lantainya tanah,
Tapak bersemadi satu hari nanti,

Dimana berat,
Kanan atau kiri,
Pahala dan dosa,
Itu bukan urusan aku,
Moga sorga bukan nurakha
jahanam.
Aku mahu kembali.

Saturday 12 May 2012

hai

aku tak tau nak kata apa,
walaupun idea aku tengah banyak,
aku tetap tak mahu kata apa-apa,
bukan masalah degil,
aku otak ada banyak,
kiri dengan kanan,
dua cukup,
tapi manusia tiada otak,
sanggup baraikan macam-macam,
itu tiada otak.

lu manusia bingai