Monday 9 July 2012

hitam


kulihat sesosok manusia hitam,
berlari dalam rintihan hujan,
menangis tanpa air mata,
berkasut tanpa tali,
berlari dan terus berlari,
apa inginnya, mati.
kau busuk dalam suci mereka,
dalam hina lagi jijik,
yang kata mereka istimewa,
yang kata mereka lebih hebat dari tuhan,

hai sang hitam,
satu telah merusakkan hatimu,
mencabik hingga hancur berkeping,
apakah hina tiada warna?
apakah putih itu nabi?
kagumku pada sang hitam,
jelas dan tegas di atas kertas putih,
hitam bukan penoda putih,
bukan pula perosak kesucian,
kerana kesucian tak selamanya putih,
yang kalian nampak terang dimata,

ayuh hitam bangkit!
sihir hatimu,
katakan cinta kalahkan segala,
kerana sang putih tak tahu apa nilai hati.

Sunday 8 July 2012

ireng geseng


aku duduk dalam bilik kecil,
kosong sendirian sandar tanpa cahaya,
sengaja aku haramkan mentari,
biar gelap lagi gelita,
biar serasi bersama sang hitam,
hanya berteman debu sial dah api,
tiada seorang pun tahu aku disini,
atau aku dimana, peduli apa kau?
semangat politikus dan idealogi dusta kau,
maaf, duniawi kau aku dah hafal,
hipnotis kacau minda kau bosan,
ludah pemerintah kencing pembangkang,
biar aku dalam kotak ini,
dimamah sawang tiada hak dunia,
kau bukan tuhan,
hukum bukan kau tulis.