Monday 9 July 2012

hitam


kulihat sesosok manusia hitam,
berlari dalam rintihan hujan,
menangis tanpa air mata,
berkasut tanpa tali,
berlari dan terus berlari,
apa inginnya, mati.
kau busuk dalam suci mereka,
dalam hina lagi jijik,
yang kata mereka istimewa,
yang kata mereka lebih hebat dari tuhan,

hai sang hitam,
satu telah merusakkan hatimu,
mencabik hingga hancur berkeping,
apakah hina tiada warna?
apakah putih itu nabi?
kagumku pada sang hitam,
jelas dan tegas di atas kertas putih,
hitam bukan penoda putih,
bukan pula perosak kesucian,
kerana kesucian tak selamanya putih,
yang kalian nampak terang dimata,

ayuh hitam bangkit!
sihir hatimu,
katakan cinta kalahkan segala,
kerana sang putih tak tahu apa nilai hati.

No comments:

Post a Comment